Tuesday 26 July 2016

Lynk.my

CARA MENJADI ADVERTISER DI LYNK.MY

Lynk.my adalah satu tapak pengiklanan yang di usahakan 100% oleh bumiputra. Anda boleh mengunakan lynk.my untuk menjadikan produk anda terkenal. Fungsinya sama seperti Facebook ads, Google Ads, nuffnang dan seangkatan dengannya. Bezanya lynk.my menawarkan kadar yang terendah di dunia, iaitu RM50 untuk 1000 unique view berbanding Facebook yang akan mengenakan bayaran RM300 untuk normal view.


Lynk.my dibangunkan oleh hexa cooperation Sdn. Bhd. tujuan utama tapak ini dibangunkan adalah untuk membantu usahawan yang kurang mampu untuk membuat iklan sepertimana syarikat besar yang lain. Di sini saya akan mengajar anda untuk menggunakan Lynk.my secara terperinci.

NO 1:
        Pergi ke www.lynk.my dan tekan butang kuning "join us"


No 2:
        Isikan segala perinci yang di perlukan. hanya mengambil masa kurang dari dua minit.

NO 3:
        Setelah berjaya Login, anda akan pergi ke dashboard publisher (akan saya terangkan berkenaan publisher di entry yang lain). Anda perlu menukar kepada dashboard advertiser. Tekan  butang di bahagian atas kanan, dan switch to advertiser.


NO 4:
        Sila tekan butang di bahagian atas kiri untuk mengeluarkan menu bar, kemudian pergi ke bahagian Account dan manage fund. Masukkan duit (minima RM50). Anda boleh menggunakan internet banking atau manual banking, jika manual banking, anda perlu masukan duit ke 

        HEXACOOPERATION SDN BHD.
        Bank Islam
     12168010024523

NO 5:
        Setelah membuat deposit, anda bersedia untuk beriklan, sila pergi ke                 bahagian create campaign.


NO 6:
         Anda akan dapat paparan seperti diatas, sila isikan segala perinci dan produk akan akan berlegar ke tempat yang anda ingini. 


     Terdapat pelbagai kelebihan lynk.my, termasuklah target geolocation untuk memudahkan pengiklan menjual barangan di pasaran yang diingini. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh mengubungi email saya atau tinggalkan comment dibawah.

Buaian Langkawi

Buaian Lagkawi


bayu darat menghembus ganas,
merungkai serumpun rasa,
melirik kedasar,
setia.

paluan hati mula dicanang,
bergetar seluruh jiwa,
menggoncang rasa,
cinta.

nafiri ditiup alunan mesra,
dia menari manja,
mengikut ceritera,

yasmeen.





















Ekspedisi ke langkawi melepaskan ku dari seribu mimpi.
Mimpi yang telah lama ku alami,
Indahnya bukan kepalang,
Nafiri Untuk Yasmeen.




















sang helang bersulam silat bersama air laut,
menyentak sekalian makna perjuangan,
berjuang pertahan diri,
Nafiri untuk yasmeen.